Rabu, 24 Disember 2014

Ujian & Dugaan Peringatan Diri

Tidak akan senang manusia itu jika tidak diuji.
Mengapa ?
Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)
After every storm there is a rainbow.”
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah. 


Salam sayang,
Diyaazulkefli

Isnin, 27 Oktober 2014

Life


Life is to short

To wake up with regrets. Love the people who treat you right and forget the ones who don't! 
Believe that everything happens for a reason.If you get a chance, take it if it changes your, let it 
Nobody said life would be easy they just promise it would be worth it 



Khamis, 16 Oktober 2014

Ruang Kedua

Terasa baru semalam aku bangkit dari jatuh tersungkur .
Aku kuatkan diri untuk cuba senyum dihadapan manusia 

Aku cuba,
cuba untuk melupakan kasih pahit yang lalu 
Hampir setiap hari aku cuba pulihkan semuanya 

Aku terlalu risau kisah lalu kembali .
Siapa kata mudah untuk dilupakan ?
Tak, tak mudah . 
Aku berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku
Aku juga pendam 
Sebab aku tahu
Yang tanggung hanya aku.
Bukan belum mengikhlaskan 
Cuma diri belum kenal erti ketabahan 

*senyum

Hari ini kisah pahit yang lalu mula diganti menjadi manis .
Watak yang sangat berbeza . Perasaan berbeza . 
Tapi hati aku masih sama. 
Mengejar pada yang benar-benar sudi.
Yaa, mungkin masih terlalu baru untuk itu .
Risau
Takut
Aku akui.
Aku masih dibuai mimpi ngeri semalam .
Kadang aku kerap bertanya pada diri sendiri.

Sehingga akhirnya aku temui jawapan itu
Pagi ini, terdetik hati aku untuk membaca diari pemilik hati kecil itu.

Mata aku tidak terlepas satu baris ayat pada skrin yang aku lihat.
Hati aku mula menjerit kecil.
Seolah-olah mengetahui baris ayat yang dibaca. 
Aku hembus nafas perlahan-lahan.

Berlinangan air mata

Aku masih ragu-ragu padanya.
Sedangkan dia ? 

*sebak

Sampai satu tahap, aku sendiri seksa perasaan ini . 
Bukan sahaja aku tapi kita . 
Aku lupa pada hati kecil yang meronta meminta diberi perhatian . Minta difahami kehidupannya. 
Aku hampir lupa tentang itu .

Allah 

*sepi

Aku fikir sejenak.
yaa, aku terlalu mengikut perasaan sendiri. terlalu angankan sesuatu yang indah agar aku puas dengan diri sendiri .

Hakikatnya ?

Aku silap langkah.
Aku gunakan kekerasan untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Aku jauhkan jarak diantara dia bersama yang lain.
Kejamnya aku.
Aku mulai sedar tentang hal itu. 
Aku mohon, beri aku peluang untuk perbaiki segala hal.

Perlahan lahan aku temui ketabahan . 
Aku temui diri aku yang lalu
Aku juga manusia sayang
Kadang sensitif pada keadaan sekeliling

Aku pernah minta,

Siapa pun dia,
Moga tak letih melayan, 
Moga tak jemu meneman,
Moga tak penat membahagiakan,
Moga tak bosan beri penjelasan,
Moga dia kasih pada Tuhan 

Moga aku tidak lambat untuk memanjatkan syukur pada yang maha Esa .

Maafkan 

Rabu, 16 April 2014

Fahami lah


Assalamualaikum
Lama sungguh tak update kan . malam ni aku kongsikan apa yang terlintas di kotak fikiran aku .
Bismillah
Setiap kali hadirnya malam ,
Aku termanggu sendiri. Hanya dihujung jari aku menaip entry ini
Bibir hanya mampu tersenyum (hambar)
Supaya mahu mereka mengerti sendiri apa isi hati ini .

Aku mohon, fahamilah hati kecilku . Kadangkala aku memilih untuk ke masa lalu .
Seperti zaman pelangi
Zaman kanak-kanak
Bila mana,
Aku jauh dari manusia yang berjiwa lumpur dan dapat menikmati gula-gula kapas. Hmmm, is the best feeling ever !

Jauh dari sudut hatiku untuk mengecewakan mereka .
Tapi dalam masa yang sama hati kecil ini tetap menyatakan 'tidak'
Aku tertanya-tanya
Apa aku tidak layak membuat keputusan sendiri ?
Bahagiakah aku nanti ?


Tak perlu aku berbicara jika mereka langsung tidak memahami
Aku pilih untuk berdiam diri

Aku hembus nafas perlahan


Penat
Penat rasanya menjaga hati mereka
Berusaha memperbaiki diri
Semua untuk mereka
Apa aku dilahirkan untuk puaskan hati mereka ?
Hati aku ? Perasaan aku ?
Hanya untuk digelek oleh steamroller .




Sepi


Kali ini,
Hanya air mata yang mengalir membasahi pipi .


Mereka terlalu mengharap
Angankan fantasi yang indah
Mengulit mimpi yang enak
Impian sehingga ke bintang

Realiti

Bagai langit jatuh ke bumi
Bagai tersepit jari dicelah pintu
Bagai gelas hancur berderai

Sakit .
Dan sakit itu aku sendiri yang rasa





Andai entry kali ini ada yang tersinggung , harap dimaafkan .
Aku juga punya perasaan . Kita semua sama .
Aku cuma mengharapkan mereka memahami aku .
Cukup itu :)


Ikhlas dari hati,
Diyaazulkefli



CODE MUSIC PLAYER