Isnin, 26 Ogos 2013

The Forgotten

Assalamulaikum

Sekali lagi air mata itu tumpah,bagai melegakan hati pemiliknya.Yaa betul.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah.Beruntunglah.
Dari jutaan,engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya.Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on.Ada orang lagi besar ujiannya Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang.Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia.Dulu,Kini.Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia.Bahkan hingga ke Akhirat sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis,maka menangislah.
Tapi,jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon.Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang,bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said,benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum laa :)
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi,ingatlah.Walau apa pun,Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Always.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan.Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang tabah!
Tears.

InsyaAllah,bila Allah redha,Allah akan mudahkan.
Tak mudah.Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham,ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku) ” [Yusuf: 18]


Peringatan untuk diri ini.In Sha Allah.


Salam sayang ,
 
Diyaazulkefli 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CODE MUSIC PLAYER