Khamis, 22 Ogos 2013

Sometimes I forget

Assalamualaikum . 




Jangan mengeluh dengan ujian yang kamu lalui. Sebaliknya bersyukurlah kerana kamu masih mendapat perhatian dari Allah.
Kadangkala aku terlupa ujian itu juga satu nikmat . Tapi aku manusia yang sering kali lupa tentang itu . Teringat lagi waktu aku duduk asrama aku sering kali merungut , mengeluh . Itu tak cukup . Ini tak best . Makanan ni tak sedap . Tak selesa . Tak cantik . Semua dok kritik habis .
Tapi sebenarnya aku belajar sesuatu dekat sini . Belajar erti bersyukur .

Aku ingat lagi cikgu pernah cakap " Awak semua ni beruntung sangat duduk dekat sini . Cuba tengok orang yang dekat luar sana . Kawan-kawan awak yang susah . Tak ada makanan nak makan tapi awk dekat sini 5kali sehari makan . Kadang-kadang saya tengok lebih dari tuh . Pernah tak kamu semua fikir ?? " dengan nada yang tegas *muka serius
Macam biasa , keadaan sunyi sepi  *tunduk  
Yaa . Bagi aku senang je . Kalau boleh kita tengok laa orang yang kurang dari kita bila kita tengok orang yang lebih dari kita memang kita akan mudah sangat rasa tak cukup kan .
Tapi bila kita nak berjaya , tengok laa orang yang daa berjaya sebagai semangat untuk kita lebih berjaya . Senang kan . Tapi benda yang senang tuh laa seringkali buat aku lupa . Bukan aku malah kita semua kan . 
 Peringatan untuk diri sendiri .



Bila aku tengah jatuh, Allah hantar hambanya yang lain untuk bagi aku semangat , kata-kata yang buat aku bangkit semula.
Aku punya impian . aku juga ada harapan . Bukan aku sahaja tapi kita semua . Kadangkala aku rasa kecewa bila ada juga yang menentukan matlamat aku sendiri . Kenapa ? apa aku tidak layak membuat keputusan untuk diri sendiri ? Aku pernah terfikir ' Kalau laa aku dapat puaskan hati semua orang . Kalau laa aku dapat bahagiakan mereka ' Tapi nama pun 'kalau' realitinya kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang dan tak semua yang kita lakukan tuh dapat membahagiakan mereka . Kadangkala diri ini berusaha untuk membuat orang lain bahagia sedangkan diri sendiri yang terluka . Sabar laa duhai hati . Kerana masih ada manusia yang ambil berat tentang dirimu . Allah berikan kau sahabat yang mengingatkan kau , yang menasihatkan kau sedangkan kau pada masa itu masih leka dan bersedih . Aku bersyukur kerana kau hadirkan mereka kepadaku untuk mengajak aku kearah kebaikan .
Aku yakin jika aku lakukan sesuatu dengan ikhlas untuk diriku dan kepada orang lain pasti tidak akan kecewa dan apabila Allah tidak permudahkan bagi kita apa yang kita nak , maknanya perkara itu bukan yang terbaik untuk kita . Jangan takut kehilangan sesuatu kerana Allah pasti menggantikan dengan yang lebih baik dari apa yang kita miliki sekarang . In shaa Allah .
Aku manusia yang lemah disisi-Nya . Ada perasaan marah . Ada perasaan sedih . Ada perasaan gembira . Ada perasaan kecewa . Sama macam kalian . Tapi ingat laa satu perkara tak perlu nak membenci . Kerana kita adalah manusia . Baik dan buruk itu semuanya Allah yang menentukan .


Yang lalu tak perlu diingat kerana ia telah hilang dari kehidupan . Yang akan datang pula jangan terlalu berharap kerana ia belum ada kepastian .


Salam Kemaafan ,
Diyaazulkefli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CODE MUSIC PLAYER